![Img 20250208 134211 447](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/IMG_20250208_134211_447.jpg?v=1738993495)
ONE MEDIC PENUHI KEPERLUAN KESIHATAN BERTAM MALIM
KESIDANG 8 Februari – Pembukaan cawangan Klinik Keluarga One Medic di Bertam Malim dilihat sebagai tepat pada masanya susulan demografi penduduk kawasan tersebut yang semakin padat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang merangkap Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata beliau menghargai inisiatif Klinik One Medic memilih Bertam Malim sebagai cawangan terbaharu, sekali gus menambah kemudahan fasiliti kesihatan swasta di kawasan itu.
“Tahniah Klinik Keluarga One Medic tubuh cawangan di Bertam Malim bagi tujuan keperluan kesihatan kepada penduduk sekitar
“Umum mengetahui kawasan Bertam Malim semakin ramai penduduk dengan penambahan kawasan perumahan dan agak padat, jadi pemilihan kawasan ini sebagai lokasi penubuhan cawangan mereka adalah tepat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Klinik Keluarga One Medic Bertam Malim di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan Klinik Keluarga One Medic, Dr. M. Sugania.
Beliau turut menghargai usaha Klinik Keluarga One Medic Bertam Malim yang menyediakan pakej saringan darah secara percuma pada majlis perasmian itu, kepada penduduk sekitar.
“Kepakaran Klinik Keluarga One Medic tidak dapat disangkal lagi, saya berharap lebih banyak program kemasyarakatan seperti pakej saringan darah secara percuma dapat dilaksanakan.
“Malah di pihak saya menerusi JAPERUN Kesidang akan membawa sejumlah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negerin(DUN) Kesidang untuk jalani saringan darah di sini,” jelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.