Sorting by

×

TELEVISYEN, PAKEJ PERCUTIAN MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH RUMAH TERBUKA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KESIDANG 8 Februari – Televisyen dan pakej percutian antara hadiah yang menanti pengunjung bertuah sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Negeri Melaka, malam ini.

Pengerusi penganjuran sambutan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, selain pelbagai persembahan kebudayaan, sambutan rumah terbuka itu juga akan diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, seperti sambutan tahun sebelumnya, sebanyak 10,000 kupon percuma bernilai RM15 disediakan kepada pengunjung terawal.

“Sudah pastinya pada malam ini pelbagai aktiviti sudah disusun bagi memeriahkan sambutan seperti tarian singa, tarian naga, persembahan yoyo Cina serta persembahan kebudayaan sebelum pertunjukan bunga api.

“Malah pengunjung yang bertuah pula akan membawa pulang televisyen atau tiket percutian ke Indonesia, jadi saya menjemput orang Melaka untuk hadir bersama-sama meraikan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina,” katanya.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Raptai Penuh Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Melaka di Jalan Rahmat 4, Taman Malim Jaya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang yang juga pengerusi bersama penganjuran, Allex Seah Shoo Chin dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Nasrul Ahmad.

Menurut Hee Sem, sebanyak 60 gerai makanan yang menyediakan pelbagai hidangan disediakan kepada pengunjung yang hadir.

“Berdasarkan penganjuran sambutan sebelum ini, kita percaya sasaran kehadiran kira-kira 10,000 orang dapat dicapai meskipun lokasi setiap tahun bertukar.

“Menariknya pelbagai juadah seperti makanan masyarakat Melayu dan India turut disediakan kerana kita mahu semua kaum dan bangsa dapat bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina ini dan merasai kemeriahan bersama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

175
Kongsi :
Previous post BISTARI SANTUNI ANAK-ANAK ISTIMEWA KEM TERENDAK
Next post KETUA MENTERI DAPAT SORAKAN GEMURUH KONTINJEN SUKAN BADAN BERUNIFORM MELAKA