Sorting by

×

PMM RAIH KEJAYAAN BERGANDA DI MAJLIS ASPIRASI KPPK 2025

Masa Membaca:51 Saat

MERLIMAU 8 Februari – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengukuhkan reputasi sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terkemuka selepas meraih pelbagai kejayaan pada Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) Tahun 2025 baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, PMM memaklumkan pihaknya berjaya memperoleh Dana Trans-Tech 4TVET bernilai RM188,235.

PMM turut menerima Anugerah PolyCC Berprestasi Tinggi bagi kategori terbaik dengan jumlah insentif bernilai RM22,500 dan Sijil Penghargaan Kriteria Penyediaan Latihan Peningkatan Kemahiran Industri di bawah kategori Politeknik Konvensional.

“Lebih membanggakan, PMM turut menerima pencapaian cemerlang 100 peratus Skor KPI PolyCC, di mana ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, dedikasi dan semangat pasukan PMM untuk terus cemerlang dalam menyediakan pendidikan TVET yang berkualiti,” memetik kenyataan.

Terdahulu, anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismain pada Majlis Aspirasi KPPK Tahun 2025 yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

114
Kongsi :
Previous post 200 ANAK-ANAK BANDARAYA MELAKA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN MBMB
Next post MASYARAKAT BERBILANG KAUM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA MELAKA