Sorting by

×

TIGA BAZAR RAMADAN RAHMAH DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

MASJID TANAH 7 Februari – Lebih 100 peniaga bersetuju untuk menawarkan juadah berbuka serendah RM5 menerusi penganjuran Bazar Ramadan RAHMAH yang dijadualkan sepanjang Ramadan, pada Mac ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, tiga lokasi penganjuran Bazar Ramadan RAHMAH sudah dikenal pasti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

Katanya, usaha itu adalah antara inisiatif dilaksanakan kerajaan menerusi KPDN untuk meringankan beban sara hidup rakyat seluruh negara termasuk di Negeri Melaka.

“KPDN sudah kenal pasti lokasi penganjuran di semua daerah, iaitu Bazar Ramadan Jasin Bestari, Bazar Ramadan Duyong dan Bazar Ramadan Alor Gajah.

“Peniaga yang mengambil bahagian menerusi program ini akan menawarkan sekurang-kurangnya satu jenis menu di gerai jualan mereka pada harga RAHMAH iaitu RM5,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Pelancaran Program Jualan RAHMAH MADANI @ Pasar Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar, di Pasar Awam Masjid Tanah, hari ini.

Menurut Allex, KPDN Melaka terus komited membantu rakyat terkesan akibat kos sara hidup apabila turut melaksanakan penganjurkan Program Jualan RAHMAH MADANI Mantai Ramadan dan Syawal.

“Program Jualan RAHMAH MADANI Mantai Ramadan dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi antaranya Pantai Kundor, Bukit Katil, Asahan dan Lubok China sebelum tibanya bulan puasa.

“Pada jualan ini peniaga menawarkan 30 jenis barangan seperti daging dan ayam segar, tepung, gula serta minyak, produk ini ditawarkan pada harga 30 lebih murah berbanding pasaran biasa.

“Sama juga bagi Jualan RAHMAH MADANI Mantai Aidilfitri yang akan diadakan dua hari sebelum 1 Syawal, selain barangan keperluan asas lain turut diberikan potongan harga istimewa adalah ketupat mini,” katanya.

Jelasnya, penganjuran program jualan disusun diharap dapat membantu masyarakat Islam khususnya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

613
Kongsi :
Previous post RAKAN ARTIS KONGSI DUKA PEMERGIAN PAK LAN
Next post NAHAS HELIKOPTER DI BENTONG: SIASATAN BSKU DIJANGKA SELESAI HARI INI