Sorting by

×

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-30 MUZIUM SASTERA MEI INI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 5 Februari – Pelbagai pengisian menarik disusun Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sepanjang tiga hari sambutan ulang tahun ke-30 Muzium Sastera dijadualkan Mei ini.

Kurator Bahagian Pemuziuman (Pendidikan) PERZIM Noor Azimah Md Ali berkata, bagi menjayakan sambutan itu pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr. Muhammad Salleh.

“Antara pengisian aktiviti dirangka adalah wacana tentang sastera, santai berpuisi dan juga pertandingan yang berkaitan dunia sastera.

“Muzium Sastera ini mula dibuka pada 1984 dan sepanjang 30 tahun pelbagai penambahbaikan dilaksanakan. Peranan muzium ini dalam kesusasteraan diperluaskan lagi ke peringkat kebangsaan pada 1995,” katanya yang ditemui selepas mengiringi Dr. Muhammad Salleh dan Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera DBP, Saifullizan Yahaya melawat Muzium Sastera, hari ini.

Menurutnya, beberapa persatuan dan pertubuhan sastera juga akan berkampung di muzium berkenaan sepanjang tiga hari sambutan berlangsung.

“Sebenarnya kita sudah mula menggerakkan pelbagai aktiviti seperti Program Kembara Ilmu yang mana konsepnya pelajar akan dibawa ke muzium dan menyertai aktiviti membabitkan dunia sastera, berpuisi, bersajak dan berpantun.

“Sambutan dan aktiviti yang diatur diharap dapat mempromosikan lagi Muzium Sastera dan secara tidak langsung mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang sastera atau mengenali dengan lebih dekat tokoh sastera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

64
Kongsi :
Previous post PPSPM CAKNA KEBAJIKAN PENIAGA FLOATING MARKET
Next post KERAJAAN NEGERI PASTIKAN PENIAGA KECIL DAPAT ‘TEMPIAS’ KEBANGKITAN SEKTOR PELANCONGAN MELAKA