Sorting by

×

MAIM TERUSKAN HUBUNGAN BAIK BERSAMA ARB

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 5 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkukuhkan kerjasama dengan rakan strategik dalam memperkasakan lagi peranan agensi itu.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, dalam memberi perkhidmatan terbaik pihaknya sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak atau institusi termasuk membabitkan kepakaran pengurusan harta.

Katanya, untuk itu MAIM dan Amanah Raya Berhad (ARB) sekian kalinya akan meneruskan kerjasama yang sebelum ini telah terjalin.

“Sebelum ini MAIM bersama ARB telah ada kerjasama dan kami akan meneruskan lagi untuk masa hadapan, sekali gus dapat menambah baik operasi kedua-dua belah pihak.

“Ini kerana urusan kerja kami juga saling berkait dan ia menjadikan kami lebih mudah untuk saling bertukar pendapat atau melontarkan cadangan untuk dipraktikkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Shaifulfazlee, hubungan kerjasama yang baik antara MAIM dan rakan strategik dapat membantu pihaknya dalam memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

“Sudah semestinya di MAIM kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan bantuan khususnya golongan asnaf,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post MODEL MODENKAN KAMPUNG SELURUH NEGARA
Next post PPSPM CAKNA KEBAJIKAN PENIAGA FLOATING MARKET