Sila patuh SOP ketika bercuti
AYER KEROH 15 Dis. – Pelancong yang memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan, diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, dalam memastikan SOP yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi dan tidak diabaikan pelancong, operasi pemantauan akan diadakan secara berterusan.
“Selain operasi pematuhan yang diadakan secara berkala Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi terlibat lain terus melakukan pemantauan harian.
“Malah saya sendiri menyertai operasi pematuhan di Banda Hilir berjumpa peniaga serta pelancong dalam memastikan mereka mengutamakan SOP,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, beliau turut mengingatkan agar SOP juga turut diperketat.
“Kita kena pilih kedua-duanya, hidup dan kehidupan jadi dengan peluang ini kita perlu patuh kepada SOP.
“Malah sidang media supaya SOP diperketatkan dalam kalangan peniaga dan pelancong juga sudah diadakan,” katanya.
Ujar Rahmad, pihak hotel juga khususnya disarankan agar melakukan proses sanitasi ke atas premis.
Views:
Related
Berita Lain
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...