HUJAN BERTERUSAN DI SABAH DAN SARAWAK HINGGA ESOK
MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi ini memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.