Sorting by

×

PPSPM BUKA LIMA JETI PADA 20 FEBRUARI INI

Masa Membaca:56 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Februari – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan membuka lima jeti bagi melancarkan operasi dan memudahkan orang ramai pada cuti umum 20 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, perancangan itu bersempena cuti umum Negeri Melaka bagi memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Banda Hilir.

Katanya, pembukaan lima jeti terbabit bertujuan memudahkan orang ramai khususnya rakyat Melaka untuk menikmati produk pelancongan negeri ini secara percuma.

“Pada tanggal 20 Februari nanti kita akan beroperasi dari Jeti Taman Rempah; Jeti Pengkalan Rama; Jeti Muara; Jeti Hang Tuah dan Jeti Melaka Sentral yang masih dalam cadangan.

“PPSPM akan membuka kaunter seawal jam 9 pagi dan operasi Melaka River Cruise (MRC) sehingga jam 6 petang. Dijangka 6,000 hingga 7,000 pengunjung akan memilih perkhidmatan MRC secara percuma pada tarikh 20 Februari ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata bagi memastikan kelancaran operasi pihaknya akan membuka laluan khas untuk penebusan bagi menaiki MRC.

“Tahun ini kita mahu semuanya lebih tersusun dan sistematik, pengunjung tidak perlu lagi bersesak untuk menaiki MRC,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

351
Kongsi :
Previous post POLIS TAHAN PASANGAN KEKASIH BANTU SIASATAN KES BUNUH WANITA WARGA EMAS
Next post PESERTA LESTARI RUN MACHAP JAYA SEDIA ‘TAWAN’ TREK BERBUKIT