
120 KANAK-KANAK SERTAI JOM BERKHATAN PERINGKAT DUN PAYA RUMPUT DAN DUN SUNGAI UDANG
PAYA RUMPUT 2 Februari – Seramai 120 kanak-kanak dikhatankan pada Program Jom Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan DUN Sungai Udang.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata program berkhatan tahunan itu melibatkan kanak-kanak seawal usia enam hingga 12 tahun.
“Tahun ini istimewanya program disusun, kita menggabungkan dua DUN dalam satu program yang mana kita mulakan dengan perarakan semua kanak-kanak ini diiringi paluan kompang dan bunga manggar.
“Seterusnya mereka ini kita ‘mandikan’ dengan semburan air menerusi kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
“Kita juga bekerjasama dengan 10 pegawai perubatan. Program ini adalah berkhatan secara percuma bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa golongan B40 dalam dua DUN yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Berkhatan Peringkat DUN Paya Rumput dan DUN Sungai Udang di Japerun Sungai Udang di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...