Sorting by

×

PENGAJIAN PERCUMA DI KAQSA BUKIT KATIL

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 1 Februari – Para ibu bapa digalakkan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian secara percuma di Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), Bukit Katil.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pengajian itu bagi anak-anak Melaka yang akan diberikan dermasiswa oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

“Di KAQSA anak-anak akan melanjutkan pengajian diploma selama tiga tahun, dermasiswa akan diberikan oleh TAPEM untuk kos pengajian termasuklah yuran makan.

“Dermasiswa ini daripada wang zakat yang terkumpul, sesiapa anak Melaka yang masuk kolej ini pengajian mereka ditanggung semuanya iaitu percuma,” katanya kepada Melaka Hari Ini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata KAQSA kini telah melahirkan ratusan graduan huffaz al-Quran yang menyumbang jasa kepada pembangunan Islam di negeri dan negara ini.

“KAQSA berkembang menjadi kolej lengkap yang menawarkan jurusan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat serta Diploma Tahfiz al-Quran dan Pengurusan Halal.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap usaha berkaitan pembangunan Islam dan umatnya untuk mendapatkan akses kepada pendidikan agama dan seterusnya mendapat rahmat Allah SWT,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

257
Kongsi :
Previous post SAMBUTAN PERAYAAN MEDAN PERKUKUH PERPADUAN RAKYAT MELAKA
Next post BANDA HILIR ‘TAK RILEKS’, ‘FULL HOUSE’