Sorting by

×

SUKAN MELAKA 2025 LEBIH MENARIK

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 1 Februari – Kejohanan Sukan Melaka 2025 akan menjadi lebih menarik dengan penambahan satu lagi acara sukan tahun ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, sukan baharu itu adalah badminton, sekali gus menjadikan keseluruhan sebanyak enam sukan akan dipertandingkan.

Menurutnya, pada tahun lepas sebanyak lima sukan telah dipertandingkan iaitu futsal, sepak takraw, bola keranjang, snuker dan bola sepak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir dinobat juara keseluruhan.

Katanya lagi, penganjuran Kejohanan Sukan Melaka 2025 dijangka akan bermula pada Mei depan dengan jangkaan penglibatan lebih ramai peserta dari seluruh negeri.

“Pada kejohanan tahun lalu, kita menambah sukan snuker manakala pada tahun ini kita menambah sukan badminton yang pastinya akan menjadikan temasya sukan kali ini lebih menarik dan mendebarkan.

“Pertandingan ini akan dimulakan di peringkat DUN terlebih dahulu dan diikuti peringkat negeri yang melibatkan 28 DUN bagi merebut Piala Ketua Menteri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, tujuan kejohanan itu adalah untuk menggalakkan budaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat.

“Penganjuran Kejohanan Sukan Melaka 2025 diteruskan pada tahun ini dan sukan ini melibatkan semua lapisan masyarakat bersukan tanpa mengira kaum di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

132
Kongsi :
Previous post KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR TALOFIBULAR (ATFL)
Next post MAHASISWA RUGI LEBIH RM100,000 TERPEDAYA SINDIKET ‘PHONE SCAM’