Lima kluster bidang bantu teras digital Melaka

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 15 Dis. – Mesyuarat Majlis Digital Negeri Melaka (MELDiC) bersetuju menambah Melaka Waterfront Economic Zone (M-Wez) sebagai kluster koridor ekonomi baharu.

Ketua ICT Negeri, Shamsudin Sharif berkata, kluster baharu itu berasaskan kepada pemantapan serta pengukuhan infrastruktur digital yang mempunyai jalur lebar (WiFi) 4G dan 5G.

“Kita setuju untuk menambah satu lagi kluster yang kita namakan sebagai kluster M-Wez ataupun kluster koridor ekonomi sebab ia merupakan satu keutamaan di peringkat kerajaan negeri.

“Kita ingin bangunkan koridor ini berasaskan kepada pemantapan serta pengukuhan infrastruktur digital itu sendiri menerusi jalur lebar WiFi 4G dan 5G,” katanya ketika ditemui MHI, hari ini.

Jelasnya, empat lagi kluster adalah bakat digital atau sosial, infrastruktur digital dan data, ekonomi dan kerajaan.

“Setiap kluster ada agensi yang uruskannya seperti Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd., (MICTH), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).

“MICTH sebagai peneraju supaya kita dapat perkukuhkan dan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga selain utiliti eletrik dan air.

“Kita tambah dalam pelan pembangunan Negeri Melaka telekomunikasi sebagai utiliti ketiga sejajar dengan pelan di peringkat nasional dan majlis ekonomi negara,” katanya lagi.

Views:

1130
Kongsi :
Previous post Polis nafi pengurusan Genting Highlands ‘sorok’ pekerja positif COVID-19
Next post 300 penganut Kristian terima ‘hadiah’ Krismas
Ubah saiz-+=