Sorting by

×

CABARAN LARIAN JALAN BERBUKIT MACHAP JAYA JANJIKAN KELAINAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MACHAP JAYA 30 Januari – Lestari Run Machap Jaya 2025 pada 23 Februari depan dijangka menarik 1,500 penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem berkata larian sejauh 5.6 kilometer (km) itu merentasi Jalan Pintas Tebong hingga ke Felda Hutan Percha, Alor Gajah.

“Lebih menarik larian ini menggunakan jalan berbukit dan memerlukan stamina yang kuat bagi menempuh cabaran tersebut.

“Peserta juga boleh melihat pemandangan alam semula jadi yang begitu indah sambil menghirup udara yang segar.

“Setakat ini penyertaan masih dibuka, kita berharap orang ramai khususnya penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya tidak melepaskan peluang menyertainya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata acara itu secara tidak langsung mempromosikan keunikan DUN Machap Jaya.

“DUN Machap Jaya mempunyai pelbagai keunikan termasuk keindahan alam semula jadi yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmatinya.

“Terdapat tiga kategori diberikan iaitu dewasa RM50, kanak-kanak RM45 (bawah 12 tahun) dan pakej keluarga RM175 (dua dewasa dan dua kanak-kanak)

“Jadi jangan lepaskan peluang, orang ramai dijemput menyertai acara ini dan lari sebentar daripada kesibukan kota,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

96
Kongsi :
Previous post DUA LELAKI CEDERA DIREMPUH DUA KENDERAAN
Next post JEJAK PERIGI PORTUGIS MERLIMAU