
LELAKI JATUH BOT DI ROMPIN DITEMUKAN LEMAS
KUANTAN 27 Januari – Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin, Rompin, Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata mayat Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50, dijumpai pada 11.45 pagi terdampar di beting pasir.
“Mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bersama orang awam kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Salahuddin berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.25 tengah hari.
Media sebelum ini melaporkan Syed Khalid yang berasal dari Tanjung Pahang Tua, Pekan, terjatuh ketika melakukan ujian bot sekitar 6 petang berhampiran jeti berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...