
MANFAATKAN ILMU PEMBUATAN ROTI, PASTRI UNTUK JANA PENDAPATAN
JASIN 25 Januari – Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Jasin Pantai, menggunakan kesempatan dibuka Kolej Komuniti Jasin (KKJS) untuk mempelajari teknik pembuatan roti dan pastri berlangsung di kampus KKJS, pada Khamis.
Pengarah KKJS, Sr. Mohamad Kelana Juwit berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi Kursus Masakan Roti Manis dan Cinnamon Rolls yang melibatkan seramai 12 peserta WI.
Katanya, kemahiran diperoleh hasil kursus itu diharap dimanfaatkan semua peserta untuk menjana pendapatan dengan menghasilkan produk makanan berkualiti.
“Selain itu mereka juga boleh berkongsi kemahiran ini bersama ahli-ahli di cawangan masing-masing,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Kursus berkenaan diserikan dengan kehadiran Pengerusi WI Negeri Melaka, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab Rahman.
Yang turut hadir, Naib Pengerusi 2 WI Negeri Melaka, Datin Juliana Mohd Hassan dan Pengerusi WI Derah Jasin Pantai, Roszita Derus.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...