Sorting by

×

‘SEGARKAN’ KARYA AGUNG DALAM DUA CABANG SENI

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDA HILIR 24 Januari – Karya seni dan sastera antara dua cabang yang digabungkan menerusi Pameran Teks Sulalatus Salatin ke Visual di Balai Seni Lukis Melaka.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, meskipun dua cabang seni tersebut berbeza, namun ia saling melengkapi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) berkata, gabungan itu bukan hanya memperkayakan pengalaman seni, tetapi juga mencipta ruang kolaborasi yang bermakna antara pelukis, penulis dan penggiat seni.

“Program ini turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, bengkel seni, sayembara puisi, persembahan seni dan pertandingan melukis serta menulis berdasarkan karya agung Sulalatus Salatin.

“Aktiviti ini membuka ruang dan peluang luas kepada masyarakat untuk lebih memahami dan menghargai seni tempatan, sambil mengekspresikan kreativiti mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Manifestasi Teks Sulalatus Salatin ke Visual di Balai Seni Lukis, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah; Ketua Cawangan Pendidikan dan Galeri Balai Seni Negara, Maisarah A.Bakar; Penolong Kurator Kanan Cawangan Pendidikan dan Galeri Balai Seni Negara, Mohamad Shamsul Bahari Yusof; Ketua 1 Kumpulan Pelukis Negeri Melaka, Pardan Moslem dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Johan Wahyuddin Taib.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata inisiatif itu bukan sahaja menyegarkan semula karya sastera agung namun menghubungkan warisan dengan generasi masa kini.

“Saya percaya pameran ini bukan sekadar sebuah program seni namun merupakan usaha membina jambatan antara generasi, latar budaya dan bidang seni demi memperkukuhkan warisan bangsa,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
Kongsi :
Previous post LEBIH 6,000 PREMIS MAKANAN DIPERIKSA SEPANJANG 2024
Next post AYER KEROH LOKASI ‘WAJIB SINGGAH’ PEMINAT MOTOSIKAL, KERETA