Sorting by

×

NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 22 Januari – Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari terbenam sambil melihat keindahan Bandar Melaka di atas menara berputar 360 darjah.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nur Azan Hassan berkata, ia ditawarkan menerusi pakej Sunset View, di mana, pengunjung dapat menikmati pengalaman menyaksikan keindahan senja di atas dek dengan ketinggian 80 meter.

Menurut beliau, pakej itu menawarkan harga tiket RM25 untuk dewasa; RM20 kanak-kanak dan RM16 bagi warga emas.

“Pakej Sunset View ini boleh dinikmati oleh semua pengunjung setiap hari bermula 22 Januari pada masa ‘Golden Hour’ iaitu waktu senja.

Img 20250122 Wa0016
PANORAMA matahari terbenam yang ditawarkan menerusi pakej Sunset View Menara Taming Sari.

“Bagaimanapun ia bergantung pada keadaan cuaca, di mana panorama itu boleh terlihat sekiranya cuaca mengizinkan dan tidak hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sesi Pra Pelancaran Pakej Sunset View di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Azan berkata, seramai 100 pengunjung boleh menikmati pakej tersebut pada satu-satu masa, di mana ia ditawarkan bermula jam 6 hingga 7 petang sahaja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
Ubah saiz-+=