Sorting by

×

RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 Januari – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata restoran tersebut bagaimanapun dijangka akan beroperasi pada Februari depan.

Katanya, restoran tersebut berkonsepkan menikmati pelbagai hidangan di atas kapal yang statik sambil melihat panorama keindahan Sungai Melaka.

“RTMB ini akan dibuka pada orang ramai pada Februari depan dan akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada satu tempoh lain yang akan datang.

“Antara keunikan yang disediakan, RTMB ini akan menampilkan pakej-pakej makanan melibatkan juadah tradisional, hidangan barat, makanan etnik seperti Baba Nyonya, Portugis, Jawa, Chetti dan pelbagai lagi.

“Selain itu pengunjung turut akan dihiburkan dengan persembahan buskers tempatan ketika menikmati juadah yang disajikan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul berkata kapasiti RTMB mampu memuatkan 50 orang pada satu masa dan ia juga merupakan produk pelancongan baharu PPSPM untuk menggamit lebih ramai pelancong.

“Pengunjung pasti akan terpukau dan terpegun melihat panorama indah Melaka sambil menikmati juadah.

“Namun harga pakej akan dimaklumkan dalam masa terdekat namun saya pasti ia akan berbaloi kepada pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post DUA NELAYAN TELOK MAS HILANG 7 HARI DITEMUI SELAMAT DI DUMAI
Next post GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
Ubah saiz-+=