Sorting by

×

BOT PENUMPANG LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

Masa Membaca:53 Saat

PANTAI KUNDOR 21 Januari – Sebuah bot penumpang yang membawa orang memancing ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan berhampiran Tanjung Kling di sini, semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata bot berkenaan yang ketika itu membawa orang memancing ditahan pada rondaan rutin anggota penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sembilan kira-kira 1.3 batu nautika dari barat daya Tanjung Kling pada jam 6 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan melanggar syarat lesen apabila enjin digunakan bot berkenaan tidak sepadan.

“Enjin yang digunakan jenama berbeza daripada jenama yang direkodkan dalam lesen bot terbabit.

“Berikutan itu, bot tersebut bersama jurumudinya, seorang lelaki berusia 34 ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maritim Malaysia dalam kenyataan itu turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini bagi memastikan keselamatan penumpang dan pematuhan undang-undang di perairan negara.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

203
Kongsi :
Previous post W.R.U.R BERI PELUANG MPAG SANTUNI MASYARAKAT
Next post PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA