Sorting by

×

MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

JASIN 20 Januari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra MADANI MPJ, baru-baru ini.

Program itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin Ke-18 melibatkan masyarakat berbilang kaum dan bangsa yang diadakan di Dataran Dva MPJ.

Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata menerusi pelaksanaan program itu, fokus utama MPJ adalah memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat setempat.

“Pengisian program mencakupi semua golongan sama ada wanita, lelaki, kanak-kanak, remaja dan juga seisi keluarga.

“Musim cuti sekolah ini aktiviti riadah bersama keluarga dan anak-anak sangat penting, sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan aktiviti bermanfaat juga boleh dilakukan.

“Justeru, program seperti sangat baik bagi memastikan kelestarian kehidupan masyarakat dan komuniti dipelihara dan diteruskan pada hari-hari yang mendatang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada program itu pelbagai aktiviti diadakan iaitu hari bersama pelanggan MPJ termasuk diskaun pengurangan 80 peratus kompaun, fun ride 30 km, senam robik, program asal barang jadi duit, jualan rahmah MADANI.

Selain pameran agensi dan saringan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, ‘soopa doopa’, jualan vendor makanan dan ‘food truck’ serta sukan rakyat.

Ujarnya, program berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara semua komuniti khususnya di kawasan Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

74
Kongsi :
Previous post 92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
Next post ‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
Ubah saiz-+=