Sorting by

×

PEMILIK SALON DITAHAN HISAP KEMALUAN REMAJA

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Seorang jurusolek ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal dengan menghisap kemaluan seorang remaja lelaki dalam sebuah salon kecantikan rambut di Taman Tasek Utama, di sini, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, suspek iaitu lelaki berusia 41 tahun yang juga pemilik salon ditahan di premisnya, semalam, selepas pihaknya menerima laporan daripada remaja berusia 18 tahun yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bangi pada hari kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa telah datang ke salon berkenaan untuk mendapatkan khidmat dandanan rambut secara percuma memandangkan telah lama mengenali suspek.

“Apabila suspek selesai mendandan rambut mangsa, suspek menawarkan urutan badan dan mangsa bersetuju memandangkan dia sudah lama mengenali suspek.

“Suspek kemudian menyuruh mangsa membuka baju dan seluar namun mangsa enggan dan masih berpakaian seluar pendek hingga paras lutut.

“Suspek meminta remaja itu baring ke atas katil sebelum mula mengurut bahagian belakang dan hadapan badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika mengurut di bahagian peha mangsa, suspek secara tiba-tiba membuka seluar mangsa dan menghisap kemaluannya sambil memegang paha mangsa dengan kuat.

“Terkejut dengan keadaan itu, mangsa terus keluar dari salon berkenaan selepas selesai mengurut sebelum memaklumkan kejadian itu kepada rakannya dan membuat laporan polis,” katanya.

Md Nazri berkata suspek ditahan di hadapan premisnya di Taman Tasek Ayer Keroh pada jam 5.30 petang semalam dan ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Jelasnya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan di luar tabii.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2174
Kongsi :
Previous post OPERASI SAR DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN DITAMATKAN
Next post ‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’