Sorting by

×

UMPAN KEDAI RM2 PUJUK ANAK KHATAN

Masa Membaca:56 Saat

ASAHAN 19 Januari – Seorang ibu Shahirah Roslan,36, bertindak mengumpan anaknya dengan membeli mainan di kedai serbaneka RM2 sebagai imbuhan supaya berkhatan.

Anaknya Muhammad Shahrol Firas Mohd Hairol,7, antara 108 kanak-kanak yang diraikan dalam Program Khatan Perdana DUN Asahan 2025 di Kolej Komuniti Selandar, hari ini.

Shahirah berkata tindakannya itu bagi memujuk anaknya supaya tidak takut dan rela hati untuk bersunat pada usia tersebut.

“Saya bawa anak sertai program ini untuk dia ada kenangan bersunat beramai-ramai dan disiram air bomba.

“Semalam saya bawa anak pergi kedai RM2 untuk pujuk dia berkhatan, Alhamdulillah dia tidak takut tapi saya pula yang gementar.

“Hari ini pun anak bangun seawal jam 6 pagi sebab teruja mahu pergi berkhatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

D5106c25 5301 4722 9137 E70432e63ee6
SHAHIRAH dan anaknya Muhammad Shahrol Firas.

Terdahulu program berkenaan telah dirasmikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Pada program itu semua peserta khatan diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan melangkah ke alam dewasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN
Next post MAJLIS TVET MELAKA PERLUAS KERJASAMA INDUSTRI, BERI LEBIH BANYAK PELUANG
Ubah saiz-+=