Sorting by

×

RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

DUYONG 18 Januari – Recreational Vehicle (RV) Park Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit memenuhi keperluan asas peminat karavan di Malaysia berikutan mempunyai fasiliti yang lengkap.

Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Farman Othman berkata meskipun tiada tarikan seperti pemandangan atau panorama yang dicari peminat kenderaan pelbagai guna itu namun lokasinya strategik terletak di tengah kawasan bandar.

Katanya, lokasi RV Park di dalam kawasan stadium itu menggamit kunjungan peminat karavan dari seluruh negeri kerana memenuhi keperluan dengan fasiliti lengkap.

“Saya kagum dengan usaha Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman yang membuat simulasi sebelum buka kepada pengunjung di RV Park ini.

“Kajian dilaksanakan, panggil kami untuk berkemah di sini dan adakan sesi dialog mengenai keperluan asas yang diperlukan membuatkan kami bangga dan kagum.

“Sejujurnya meskipun tiada panorama atau pemandangan laut dan pantai sekitar kawasan ini namun ia tetap menggamit kunjungan kami kerana lokasi ini lengkap dan sesuai untuk peminat karavan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program “2025 Camper Rally Melaka” yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit di sini hari ini.

288f31e2 45ab 4700 Bcf3 Efa54c12b152
FARMAN

Dalam pada itu, menurut peserta, Azizan Majid, 62  dia dan isteri Che Rohani Salleh, 62 pasti akan kembali ke Melaka untuk bercuti lagi di RV Park Bukit Serindit.

Katanya, fasiliti yang disifatkan lengkap memudahkan mereka untuk bermalam dan melaksanakan pelbagai aktiviti tanpa perlu pergi jauh dan bertumpu di kawasan setempat.

“Saya sudah berkecimpung dalam arena karavan ini sudah lebih 10 tahun dan Melaka antara negeri mesra karavan.

“Boleh dikatakan bukan sahaja lengkap malahan ia strategik, apatah lagi peminat karavan ini terdiri daripada pelbagai golongan usia, dan kami golongan berusia sudah pasti mahukan keselesaan dan di sini ia bukan sahaja lengkap malahan selesa dan selamat,” jelasnya yang berasal dari Negeri Sembilan.

F8546b49 E489 4e6b Ad2b 671a647e9ecb
AZIZAN dan isteri, Che Rohani dalam karavan miliknya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1207
Kongsi :
Previous post LUBUK KERIANGAN KAKI PANCING ADA DI KUALA LINGGI
Next post UMPAN KEDAI RM2 PUJUK ANAK KHATAN