Sorting by

×

KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LINGGI 18 Januari – Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka akan lengkap dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, apabila lengkap kelak, sebanyak 657 buah kampung di Negeri Melaka akan ditransformasikan dengan alamat baharu yang lengkap, selain turut diberikan kod QR untuk memudahkan pengesanan alamat.

Beliau berkata, transformasi itu dilakukan dengan cerapan dilakukan pelbagai agensi, sekali gus menggantikan alamat konvensional yang menggunakan sistem perbatuan.

“Dengan adanya Kampung Digital ini, ia dapat memberikan alamat yang tepat, lengkap dengan lokasi, pemilik rumah dan maklumat mengenai kampung tersebut.

“Secara tidak langsung ia membantu pentadbiran Kerajaan Negeri memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menampal pelekat Kampung Digital di Kampung Guan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.RU.R) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Datuk Fairul Nizam Roslan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah dan lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, di Kampung Guan, Kuala Linggi sahaja, sebanyak 178 buah rumah di kampung berkenaan akan ditransformasi kepada Kampung Digital.

Jelas beliau, penduduk rumah yang telah lengkap dengan proses berkenaan boleh menukar kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara secara percuma.

“Selepas proses itu, segala maklumat mereka termasuk di geran tanah, geran kenderaan alamat perbankan dan lain-lain lagi akan ditukar mengikut alamat baharu yang diberikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

279
Kongsi :
Previous post RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
Next post MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
Ubah saiz-+=