Sorting by

×

RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KUALA LINGGI 18 Januari – Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi sekali gus memperkukuh hubungan sosial dalam komuniti.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Rumah Kahwin juga mampu memperkukuhkan sektor industri perkahwinan negeri ini dengan penawaran lokasi menarik bagi pengunjung dalam dan luar Melaka.

“Lokasi ini tentunya berpotensi menjana ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dari aspek penyediaan katering, dekorasi, pengurusan dan sebagainya.

“Justeru, dengan penglibatan komuniti yang holistik, pastinya menyumbang ke arah merancakkan lagi sektor ekonomi setempat sambil mempromosi industri perkahwinan yang berkembang pesat di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Kahwin Kuala Sungai Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco kanan Perumahan, Kerajaan tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah serta wakil-wakil jabatan.

Jelas Ketua Menteri, selain berfungsi sebagai penyedia lokasi perkahwinan, Rumah Kahwin turut menawarkan perkhidmatan kafeteria yang mampu menjadi lokasi tumpuan orang ramai sekali gus menjadi mercu tanda baharu di DUN Kuala Linggi.

“Saya menyeru kepada semua orang Melaka, ayuhlah sama-sama memastikan kejayaan Rumah Kahwin Kuala Sungai Baru ini agar menjadi mercu tanda baharu yang membawa kebaikan, kesejahteraan dan kemajuan kepada negeri Melaka kelak.

“Semoga Rumah Kahwin ini juga dapat menjadi pemangkin kepada rantaian ekonomi setempat apabila banyak majlis dan program dapat dilaksanakan di sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
Next post KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN
Ubah saiz-+=