Sorting by

×

GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

KUALA LINGGI 17 Januari – Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya mengangkat Kuala Linggi sebagai hab pelancongan pertanian.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ia sekali gus menjadi satu nilai tambah dalam mengangkat nama Kuala Linggi ke satu tahap lebih tinggi.

Justeru itu, beliau berkata, sepanjang tahun ini, Kerajaan Negeri akan meneroka lebih banyak produk seumpamanya, khususnya di kawasan luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan.

“Tidak ramai yang tahu bahawa di Kuala Linggi mempunyai kilang gaharu antara yang terbesar dalam negara, begitu juga dengan ladang nanas yang merupakan antara pengeluar nanas premium MD2, di mana lokasi ladang nanas ini sesuai diangkat menjadi produk agropelancongan.

“Kita akan usahakan apa yang mampu untuk membantu usahawan dan pengusaha Bumiputera dan anak tempatan ini untuk membawa produk mereka diketengahkan seterusnya dapat menembusi pasaran lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Pusat Agropelancongan Nusa Dusun Orchard Resort, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah;Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim; Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Melaka dan Negeri Sembilan, Siti Hajar Ramlee serta kenamaan lain.

Img 20250117 Wa0036
AB Rauf menerima cenderahati ketika melawat ke ladang nanas Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala Linggi.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Akmal berkata, menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) ia terbukti sangat berkesan dalam mempromosikan pelbagai produk pertanian yang ada di seluruh negeri ini.

Pada masa sama, katanya, ia juga menjadi medan untuk mendapatkan maklum balas, selain mendengar permasalahan setiap pengusaha tempatan dan mencari jalan untuk membantu mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

258
Kongsi :
Previous post W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
Next post MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025