Sorting by

×

‘BANTUAN INI BESAR MAKNANYA’

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

KUALA LINGGI 18 Januari – Riak ceria jelas kelihatan pada wajah 175 penerima sumbangan perayaan daripada Kerajaan Negeri sekali gus meringankan beban dalam membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina 2025.

Sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka itu disalurkan kepada rakyat yang layak bagi membantu meringankan beban dalam membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, akhir bulan ini.

Bagi penerima bantuan, Lee Wee Fong, 75, berkata, sumbangan yang diberikan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dapat membantu membeli keperluan perayaan.

Katanya, bantuan diterima amat bermakna kerana boleh membantu meringankan perbelanjaan dalam membuat persiapan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“Lega dan gembira apabila dimaklumkan saya layak untuk menerima bantuan perayaan kerana tidak semua terpilih jadi rezeki saya.

“Untuk Tahun Baharu Cina pada tahun ini persiapan sama sahaja seperti sebelum ini dan dengan duit bantuan diterima ini saya akan gunakan untuk membeli keperluan yang belum ada,” kata yang menetap di Taboh Naning.

Photo 2025 01 17 15 50 14
Penerima, Lee Wee Fong, 75, pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina, Tahun 2025 Negeri Melaka, di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Shawal, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah. Foto: MR. AZLI

Warga emas itu ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina Tahun 2025 Negeri Melaka, yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Shawal, semalam.

Yang hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Bagi seorang lagi penerima bantuan, Tan Tiong Chan, 65, berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sekali lagi pada tahun ini memilihnya untuk menerima sumbangan.

“Terima kasih yang teramat kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap rakyat apabila memberikan sumbangan wang untuk membuat persiapan Tahun Baharu Cina.

“Selalunya, wang diterima ini saya akan belanjakan untuk membeli apa yang diperlukan sekurang-kurangnya sambutan Tahun Baharu Cina bertambah meriah,” katanya.

Kata bapa kepada lima anak itu, meskipun anak-anak ada membantu membuat persiapan untuk sambutan tetapi sumbangan bantuan daripada Kerajaan Negeri amat besar maknanya.

Photo 2025 01 17 16 15 45

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

262
Kongsi :
Previous post MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
Next post GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
Ubah saiz-+=