Sorting by

×

DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

TELOK MAS 17 Januari – Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim, Mohd Khairi Abd Aziz berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan dua nelayan itu kira-kira jam 5 petang.

Katanya,berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh majikan kepada dua nelayan berkenaan, Muarep Sakem, 63 dan awak-awak, Rosenizam Maharam, 50 keluar memukat menaiki bot gentian kaca Khamis lalu.

“Kedua-dua nelayan tersebut sempat memaklumkan kepada majikannya kira-kira jam 10 pagi semalam enjin bot dinaiki mereka mengalami kerosakan.

“Berikutan itu, Berikutan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru diaktifkan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

B0bfb6cb A485 4c13 B8b7 B836a7b436e1
PELBAGAI agensi penguatkuasaan terliabt dalam operasi SAR dua nelayan.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 58 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan ke lokasi kejadian bagi pencarian awal dua nelayan terbabit.

“Operasi SAR tersebut turut dibantu oleh orang awam termasuk bot nelayan namun tidak menemui sebarang petunjuk.

“Kawasan pencarian diperluaskan di lebih 548 kilometer persegi melibatkan sebuah bot Maritim Malaysia, dua bot Pasukan Polis Marin (PPM), sebuah bot Kevlar dan dua bot milik JBPM.

Mohd Khairi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau
talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

238
Kongsi :
Previous post W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
Next post W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
Ubah saiz-+=