Sorting by

×

W.R.U.R: KAMPUNG GUAN KINI DILENGKAPI KOD QR

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LINGGI 16 Januari – Kampung Guan menjadi kampung pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi ditransformasi menjadi Kampung Digital yang bakal dilengkapi kod QR.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, Kampung Guan terpilih sebagai lokasi pertama bagi inisiatif tersebut bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi yang berlangsung 4 hingga 18 Januari.

“Bersempena program W.R.U.R, kami hadir menyantuni masyarakat di Kampung Guan serta menampal pelekat kod QR yang mana kampung ini telah terpilih sebagai lokasi pertama di DUN ini ditransformasi sebagai Kampung Digital.

“Sebanyak 175 buah rumah di Kampung Guan akan ditampal dengan pelekat kod QR yang mana melibatkan Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah (PDTAG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PLANMalaysia, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi berkaitan serta komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program menampal pelekat kod QR Kampung Digital di Kampung Guan, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah; Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Ketua ICT Negeri Melaka, Fauzi Elham@Alhim serta wakil-wakil agensi dan jabatan.

Menurut Fairul, di DUN Kuala Linggi sahaja, insiatif Kampung Digital tersebut akan melibatkan sebanyak 28 buah kampung.

“Pada awalnya di DUN Kuala Linggi hanya membabitkan sebanyak 27 kampung, namun terdapat penambahan satu kampung baharu iaitu Kampung Bakau Rendah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 buah kampung.

“Setiap data kawasan kampung di kawasan DUN Kuala Linggi termasuk penambahan kampung baharu akan diuruskan oleh JUPEM,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post 713 CALON SPM 2025 MELAKA TERLIBAT ‘PROGRAM ANAK KITA’
Next post BAZAR AIDILFITRI BANDA HILIR LAIN DARI YANG LAIN
Ubah saiz-+=