Sorting by

×

LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 16 Januari – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata bantuan tersebut akan diagihkan kepada 153,624 murid dan pelajar membabitkan 318 sekolah di Negeri Melaka.

Katanya, pemberian bantuan awal tersebut bertujuan untuk meringankan beban ditanggung ibu bapa atau penjaga menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka semula pada 17 Februari depan.

“Kerajaan memperuntukkan lebih RM23 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan yang akan memberi manfaat semula pelajar sekolah di negeri ini.

“Setiap murid dan pelajar akan menerima RM150 seorang, di mana Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan untuk semua pelajar warganegara di 318 sekolah seluruh Negeri Melaka bagi sesi 2025 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penyampaian Kit Peranti dan Sijil Kolaboratif Program Anak Kita Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Pengarah Unit Pantau Madani Pejabat Perdana Menteri Mohd Khalid Mohamed Latiff; Rektor Institusi Pendidikan Guru Malaysia Yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme, Dr. Mohd Azam Ahmad; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Yang Menjalankan Tugas Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Karim Tumin serta kenamaan lain.

Pada majlis tersebut seramai 713 pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2025 daripada 61 sekolah menerima kit peranti berupa tablet bagi tujuan pembelajaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

143
Kongsi :
Previous post 713 PELAJAR MELAKA DAPAT TABLET PERCUMA
Next post TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT
Ubah saiz-+=