Sorting by

×

BERLARI SAMBIL NIKMATI KEHIJAUAN ALAM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MACHAP JAYA 16 Januari – Kehijauan alam semulajadi bakal menemani peserta larian Lestari Run Machap Jaya 2025 yang bakal berlangsung pada 23 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem berkata, larian yang bakal diadakan di laluan jalan pintas baharu bermula dari Tebong hingga ke Hutan Percha itu adalah pertama kali diadakan.

“Larian ini berbeza dari kebanyakan larian kerana diadakan di laluan sepanjang 5.6 kilometer di jalan pintas yang mana peserta akan dapat nikmati keindahan dan alam semula jadi kerana selalunya larian seperti ini berlangsung di tengah bandar.

“Jadi peluang ini perlu direbut oleh peminat sukan ini kerana laluan di sini juga berbukit tidak seperti laluan yang selalu mereka lalui,” katanya.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 2,000 peserta termasuk dari luar Melaka akan menyertai larian itu nanti.

“Larian ini terbuka kepada semua lapisan umur bermula daripada peringkat kanak-kanak selain penyertaan juga terbuka kepada orang luar yang ingin sama-sama memeriahkan penganjuran.

“Kita jangkakan kira-kira 2,000 orang akan sertai larian itu nanti yang mana bayaran penyertaan bermula daripada RM45 dan bergantung kepada kategori yang ingin disertai,” katanya.

Jelasnya, penganjuran larian itu juga adalah bagi mempromosikan kawasan Hutan Percha dan beberapa tarikan di kawasan itu seperti tempat makan popular iaitu Ayam Perchik Hutan Percha.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

106
Kongsi :
Previous post AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
Next post BUKA MINDA PELAJARI TEKNOLOGI DIGITAL, FAHAMI PERANAN MPJ
Ubah saiz-+=