Sorting by

×

W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

KUALA LINGGI 15 Januari – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah berkata, keberkesanan itu dapat dilihat apabila separuh daripada aduan diterima pihaknya sebelum berlangsungnya W.R.U.R Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada 5 Januari lalu dapat diselesaikan.

“Menerusi setiap mesyuarat yang diadakan kita menerima lebih 100 aduan daripada penduduk yang disuarakan oleh pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Sebelum itu aduan-aduan tersebut kita ambil tindakan secara beransur-ansur tetapi dengan adanya W.R.U.R pemasalahan ini dapat dpercepatkan lagi.

“Hampir separuh pemasalahan yang disuarakan dan dihadapi penduduk di DUN Kuala Linggi ini dapat diselesaikan khususnya yang memerlukan projek besar,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata demikian ketika ditemui selepas melawat lokasi kenduri rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Syawal.

Menurut Rosli, antara pemasalahan yang disuarakan oleh rakyat dan memerlukan tindakan segera adalah menangani masalah banjir akibat sistem saliran.

“Bermula daripada tarikh berlakunya banjir tindakan awal sudah diambil dan ia diteruskan dengan W.R.U.R ini apabila projek menaik taraf dan mendalamkan longkang dilakukan agensi yang berkaitan.

“Selain itu antara pemasalahan lain diterima membabitkan juga masalah kebajikan yang memerlukan katil, kerusi roda dan alat bantu pulih malah kita juga akan cuba membantu menjadi ejen kepada rakyat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Jelasnya, sepanjang berlangsung W.R.U.R ini banyak limpahan manfaat diterima oleh penduduk DUN Kuala Linggi apabila bukan sahaja agensi dan jabatan kerajaan yang turun menyantuni tetapi juga pihak swasta menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

84
Kongsi :
Previous post USIA 56 TAHUN BUKAN PENGHALANG SAMBUNG BELAJAR
Next post TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
Ubah saiz-+=