Sorting by

×

USIA 56 TAHUN BUKAN PENGHALANG SAMBUNG BELAJAR

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 15 Januari – Anak kelahiran Melaka, Andrea Esley Teoh Ho Piat membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk dia terus menuntut ilmu dan menggapai cita-cita.

Memilih Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) sebagai tempat pengajian, Andrea mempunyai impian bagi menjalankan perusahaan bengkel sendiri secara kecil-kecilan setelah tamat pengajian.

Andrea, 56 merupakan pelajar baharu yang memulakan pengajian di kolej berkenaan bermula pada 7 Januari lalu sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II Tahun 2024/ 2025.

Menurut Andrea dia sebelum ini pernah bertugas di beberapa industri pembuatan elektronik sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pengajian.

“Saya juga pernah ditawarkan untuk mengikuti diploma dalam bidang mekanikal, tetapi saya memilih mengikuti pengajian dalam Sijil Teknologi Automotif di KKBBM.

“Saya bercita-cita menjalankan perusahaan bengkel sendiri selepas tamat pengajian ini, justeru kepada golongan muda yang masih mencari tempat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran boleh datang kolej ini.

“Kolej ini turut menawarkan yuran pengajian serendah RM200 bagi setiap semester dan pelbagai program kemahiran yang ditawarkan,” katanya.

Antara program ditawarkan di KKBBM adalah Sijil Kulinari dan Sijil Operasi Perhotelan yang mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), manakala Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Teknologi Automotif diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

148
Kongsi :
Previous post PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
Next post W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
Ubah saiz-+=