Sorting by

×

UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Masa Membaca:45 Saat

DURIAN TUNGGAL 15 Januari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan banjir di Kelantan baru-baru ini.

Seramai 30 pelajar termasuk dua pelajar mobiliti dari Indonesia dan 10 kakitangan UTeM terlibat dalam program Misi Bantuan di negeri itu.

Pada program berkenaan, pelbagai aktiviti kebajikan dilaksanakan termasuk melakukan kegiatan pembersihan rumah pelajar UTeM yang terkesan akibat musibah itu.

Selain itu, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjsama Majlis Perwakilan Pelajar mengagihkan bantuan makanan kepada keluarga pelajar yang memerlukan.

Terdahulu, rombongan misi terbabit turut menyantuni keluarga salah seorang pelajar yang telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham Faqeh Haziq Nazaruddin bagi melaksanakan majlis bacaan Yasin serta menyalurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

470866465 1127292939402462 6790102272419173064 N
Pelajar dan kakitangan UTeM yang terlibat pada program Misi Bantuan Banjir di Kelantan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

53
Kongsi :
Previous post MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
Next post NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
Ubah saiz-+=