Sorting by

×

‘SINGGIT SEPOSEN’ W.R.U.R KUMPUL LEBIH 2,000KG SISA KITAR SEMULA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LINGGI 13 Januari – Sebanyak 2,388.5 kilogram (kg) sisa kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program ‘Singgit Seposen’ anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Japerun Kuala Linggi, semalam.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia membuktikan usaha Kerajaan Neheri melestarikan alam sekitar mendapat sokongan rakyat.

“Saya amat mengalakkan rakyat Melaka menyokong usaha Kerajaan Negeri Dalam memastikan program kitar semula ini dapat dijayakan.

“Ini adalah untuk memastikan negeri Melaka sentiasa bersih, sejahtera dan menjadi satu negeri yang mampan.

“Menerusi program ini kita dapat mengumpul barang kitar semula seperti minyak masak terpakai sebanyak 614kg dan juga sisa elektrik dan elektronik (e-waste) sebanyak 492.5kg.

“Manakal jumlah tertinggi adalah sisa fabrik iaitu sebanyak 890kg berjaya dikumpul dan rakyat juga mendapat pulangan daripada program ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rais berkata, menerusi program itu, rakyat bukan sahaja dapat bersama-sama menjaga alam sekitar, bahkan turut mendapat pulangan tunai hasil sisa kitar semula yang dibawa.

“Jadi saya yakin dan percaya inilah masanya orang ramai menyumbang sisa kitar semula mereka untuk ditukar menjadi wang ringgit, selain membudayakan amalan kitar semula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post BOLEH BUKA KOLAM PANCING, TAPI..
Next post ‘SEPIT BIRU’ TINGKAT EKONOMI NELAYAN MELAKA
Ubah saiz-+=