COVID-19: Jerman perketat sekatan pergerakan menjelang Krismas
Canselor Angela Merkel dalam satu sidang akhbar berkata semua kedai barangan dan perkhidmatan kurang penting akan ditutup pada Rabu, sekolah dan pusat jagaan juga akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya 10 Januari di kebanyakan negeri persekutuan.
Mencatatkan purata melebihi 20,000 kes COVID-19 dalam tempoh tujuh hari, Merkel berkata jumlah itu hampir mengatasi kemampuan tindak balas sistem kesihatan awam.
Canselor itu berkata, mengikut langkah-langkah baharu yang dipersetujui oleh negeri persekutuan, restoran dan kafe juga akan ditutup dan hanya akan menawarkan perkhidmatan bawa pulang.
“Pertemuan ahli keluarga dihadkan kepada lima orang dari dua isi rumah serentak,” lapor agensi itu memetik Merkel.
Langkah itu juga meminta orang ramai melakukan kuarantin kendiri sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pertemuan keluarga sempena perayaan Krismas.
Kerajaan tidak membenarkan penjualan bunga api untuk Malam Tahun Baru manakala minum alkohol di khalayak ramai juga dilarang antara 16 Disember dan 10 Januari, tambahnya.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...
‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
AYER KEROH 23 November - Bagi memastikan umat Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dapat menunaikan solat dalam...
KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
AYER KEROH 23 November - Polis Daerah Melaka Tengah menafikan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di Krubong Jaya, baru-baru...