Sorting by

×

‘AGRO ROBOT’ TARIKAN PAMERAN TVET W.R.U.R KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

KUALA LINGGI 12 Januari – Teknologi inovasi ‘Agro Robot’ merupakan antara produk berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menarik perhatian ramai pada Karnival Kerjaya dan Pendidikan TVET di Japerun Kuala Linggi.

Karnival yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini itu merupakan sebahagian pengisian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi.

Dibawakan khas oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, model Agro Robot tersebut dicipta sekumpulan pelajar serta tenaga pakar dari institusi pengajian tersebut.

Pegawai Hubungan Industri IKTBN Alor Gajah, Faizul Ragiman berkata, selaku antara salah satu institusi pendidikan TVET di negeri ini, adalah menjadi tanggungjawab pihaknya berkongsi produk inovasi teknologi robot bersempena W.R.U.R yang dicetuskan khusus untuk rakyat segenap lapisan masyarakat.

“Agro Robot ini adalah modul tambahan kepada pelajar-pelajar yang berminat dan berbekal kepakaran yang ada, kami bantu mereka untuk bangunkan teknologi robot tersebut.

“Hasil daripada minat mereka, ini sekali gus menggalakkan mereka untuk berinovasi dari segi penghasilan produk baharu di dalam bidang teknologi.

“Ini adalah inovasi yang dibawa oleh kami bagi berkongsi dengan pengunjung bersempena program W.R.U.R ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20250111 Wa0073
FAIZUL

Faizul turut memuji pelaksanaan W.R.U.R yang disifatkan sebagai platform terbaik buat institusi pendidikan serta pemain industri TVET untuk melebarkan jaringan informasi dalam kalangan masyarakat umum amnya.

“Bagi pandangan saya, W.R.U.R adalah program yang bagus, dan kami sebagai salah satu institut pendidikan TVET di negeri ini amat menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang begitu titikberatkan industri TVET.

“Malah, W.R.U.R adalah platform terbaik buat kami di industri TVET ini untuk terus berkembang dari segi promosi serta menarik minat masyarakat umum bagi mendekati bidang TVET,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

113
Kongsi :
Previous post RUKUN TETANGGA DIPERKASA, BINA KOMUNITI PROGRESIF
Next post LAMBAIAN KOTA SUPAI
Ubah saiz-+=