Sorting by

×

TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA

Masa Membaca:53 Saat

LENDU 11 Januari – Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan Taman Masjid Tanah Ria, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Sadani Sood, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave bersama cucunya berusia 7 tahun sedang melintas jalan dari sebuah pasar raya menghala ke Kampung Seri Tanjung.

Katanya, ketika melintas keluar dari simpang itu, mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak lurus dari Masjid Tanah menghala ke Lendu menyebabkan kedua-duanya bertembung.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala cucunya hanya mengalami luka di kaki kiri.

“Terdapat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang jelas dari kereta berkenaan sebagai bukti kemalangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

208
Kongsi :
Previous post W.R.U.R MEDAN SELAMI, SELESAI KEMELUT MASYARAKAT
Next post TERIMA KASIH SUDI ‘JENGUK’ KAMI
Ubah saiz-+=