Sorting by

×

PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LINGGI 11 Januari – Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara terdapat beberapa lagi pantai yang di kini menjadi ‘port’ seisi keluarga berkelah dan mandi-manda.

Terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Pantai Tanjung Dahan dan Kampung Teluk antara lokasi pilihan bukan sahaja penduduk Melaka tetapi pelancong luar untuk bersama-sama keluarga menikmati keindahan pantai peranginan yang mungkin ‘tersembunyi’ dari pandangan mata.

Suasana pantai yang mendamaikan dan kawasan sekitar yang bersih membuatkan lokasi ini menjadi pilihan terbaharu untuk bersantai sambil menikmati bayu laut dan pemandangan matahari terbenam.

Kemudahan chalet yang banyak di kawasan sekitar memudahkan lagi percutian seisi keluarga selain kedudukan chalet yang berdekatan pantai menjadikan ia pilihan.

Whatsapp Image 2025 01 10 At 18.26.56
NORAIN

Bagi peniaga, Norain Nordin, 37, dari Tanjung Dahan berkata, pertambahan pengunjung ke kawasan itu mula dapat dilihat apabila ramai yang mula menjadikan lokasi itu tempat percutian.

“Mungkin jika sebelum ini orang hanya sebut Pantai Pengkalan Balak tetapi kini Tanjung Dahan sudah ramai yang kenal.

“Untuk itu saya amat berharap sekiranya di kawasan ini terdapat tambahan fasiliti bagi keselesaan pengunjung seperti pembinaan wakaf, tandas dan surau,” katanya.

Jelasnya, kemudahan fasiliti ini akan menggalakkan lagi kedatangan pengunjung dan pelancong ke kawasan itu sekaligus dapat memberi tempias rezeki kepada penduduk sekitar yang lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

133
Kongsi :
Previous post PEKERJA ASING TIKAM RAKAN SEDANG TIDUR GARA-GARA KRIKET
Next post MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
Ubah saiz-+=