Sorting by

×

ANGKAT NASKHAH AGUNG SULALATUS SALATIN JADI SENI VISUAL

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 10 Januari – Peminat sejarah yang ingin menyelami keagungan sejarah dan warisan Melayu boleh hadir ke Pameran Manifestasi: Teks Sulalatus Salatin ke Visual yang akan berlangsung dari 18 Januari hingga 30 April depan.

Pameran tersebut akan diadakan di Balai Seni Lukis Melaka yang dibawakan khas oleh Persatuan Pelukis Negeri Melaka dengan kerjasama Balai Seni Negara, selain mendapat sokongan penuh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

PERZIM menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan pameran tersebut bakal menampilkan karya-karya hebat artis tempatan.

“Karya-karya hebat artis tempatan bakal dipamerkan dalam pelbagai media seperti lukisan, arca dan instalasi seni di mana setiap karya terinspirasi dari kisah-kisah epik yang terkandung dalam karya agung Sulalatus Salatin.

“Apa yang menarik pada pameran ini nanti, pengunjung boleh menikmati interpretasi visual unik dari teks klasik yang memaparkan kekayaan budaya dan sejarah.

“Pengunjung bakal temui seni kontemporari yang menggabungkan tradisi dan inovasi dan berpeluang untuk memahami warisan bangsa melalui perpektif seni moden,” kata kenyataan itu.

Pengunjung boleh merasai sendiri keajabaiban seni yang menghidupkan kisah-kisah lama dengan sentuhan moden di Balai Seni Lukis Melaka, Jalan Laksamana dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Selasa hingga Ahad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

68
Kongsi :
Previous post TANGANI 4 ‘HOTSPOT’ BANJIR DI PANTAI KUNDOR
Next post PARAMEDIK KOMUNITI MELAKA BENAR-BENAR BERI IMPAK
Ubah saiz-+=