Sorting by

×

ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 Januari – Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri menerusi insentif disediakan dalam Bajet 2025 Negeri Melaka.

Ia meliputi elaun tambahan tahunan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta menerusi pembentangan bajet itu kepada seramai 5,665 JPKK, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baharu (JPKKB) dan sidang di negeri ini.

Pengerusi JPKK Pulau Samak, Batu Berendam, Abdul Latif Dorani berkata langkah Kerajaan Negeri menyalurkan elaun menerusi belanjawan itu dapat membantu meringankan kos sara hidup.

“Alhamdulillah pada dasarnya memang kita setuju, terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab memang sudah lama tiada kenaikan elaun ini.

“Saya berharap perincian elaun kali ini lebih berpatutan dan tidak lupa juga supaya mengambil kira jawatankuasa kampung kita yang terlibat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu Setiausaha JPKK Kampung Relau, Asahan, Zamzuri Jinudin,49, turut menyambut baik khabar gembira itu kerana ia sebagai penghargaan kepada JPKK di negeri ini.

“Saya menyambut baik penambahan elaun diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh baru-baru ini, pendapat saya bukan elaun yang dikejar tetapi peranan dan tanggungjawab digalas.

“Apabila diberikan tanggungjawab kita perlu melaksanakannya dengan amanah, hampir lapan tahun dalam JPKK banyak cabaran dihadapi dan elaun ini juga sebagai pendorong untuk kita bekerja lebih kuat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1664
Kongsi :
Previous post SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
Next post PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
Ubah saiz-+=