TUNGGU PENGUMUMAN SYARAT PERMOHONAN KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 7 Januari – Individu atau pasangan pengantin berminat untuk menyertai kursus perkahwinan percuma yang diperkenalkan Kerajaan Negeri perlu memenuhi beberapa kriteria dan syarat yang ditetapkan.
Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad Zohaimie Mohd Sori berkata, pihaknya akan melaksanakan perbincangan bersama pihak-pihak berkenaan sebelum membuka pendaftaran program kursus perkahwinan percuma yang diumumkan pada Bajet 2025 Disember lalu.
“Kami ambil maklum mengenai pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada pembentangan bajet dan perbincangan mengenainya akan diadakan dalam masa terdekat ini .
“Perbincangan pastinya turut melibatkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan apabila semuanya sudah lengkap kami akan maklumkan syarat dan beberapa garis panduan sebelum permohonan dibuka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, MAIM Holdings Bhd akan membuat persediaan sebaiknya bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri itu.
“Difahamkan ramai yang berminat untuk bersama-sama mengikuti kursus kahwin percuma ini dan sebarang perkembangan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PBT MELAKA SIAP SEDIA SAMBUT TETAMU WTD 2025, WTC 2025
AYER KEROH 9 Januari - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sedang melipat ganda usaha memastikan Melaka sentiasa...
ELAUN TAMBAHAN KHABAR GEMBIRA UNTUK SIDANG KAMPUNG
AYER KEROH 9 Januari - "Terima kasih Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan nasib sidang-sidang kampung dan sudi memberikan elaun tambahan...
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...