1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari – Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama tahun 2025, malam tadi.
Program tersebut menawarkan tiket pada harga serendah RM10 seorang kepada pengunjung bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam satu kenyataan kepada Melaka Hari Ini memaklumkan, jumlah tersebut membabitkan dua jeti yang beroperasi iaitu di Jeti Muara Banda Hilir dan Jeti Pengkalan Rama.
“Ia membabitkan 640 pengunjung di Jeti Muara dan 502 di Jeti Pengkalan Rama membabitkan jumlah keseluruhan seramai 1,142 pengunjung direkodkan dalam tempoh tiga jam,” kata kenyataan itu.
Selain Melaka River Cruise, PPSPM turut menyediakan dua lagi tarikan bersempena Melaka Bila Larut Malam iaitu Windmill Pink Market dan Melaka Floating Market yang dianggarkan dibanjiri lebih 1,000 pengunjung sehingga jam 2 pagi.
Kedua-dua lokasi untuk orang ramai bersantai itu menjual pelbagai jenis makanan dan cenderamata, selain pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan api (fire show) dan ‘busking’.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...
DUNIA KECIL NORMAH
AYER MOLEK 8 Januari - Siapa sangka wanita yang dahulunya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, memiliki tangan berseni kerana mahir...
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...