PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun – Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam edisi pertama tahun 2025, malam ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, sejak jam 9 malam lagi, orang ramai mula memenuhi kawasan tarikan pelancongan di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) itu untuk bersantai dan menikmati suasana malam bersama keluarga.
Antara yang mendapat sambutan hebat adalah Windmill Pink Market yang menjadi ‘port’ lepak pilihan kerana ia bukan sahaja menyajikan pelbagai jenis makanan unik dan menarik bahkan turut terpesona dengan limpahan lampu ‘windmill’ berwarna-warni yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Tidak hanya itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan ‘buskers’, selain persembahan api (fire show) yang disediakan khas.
Selain itu, Melaka Floating Market yang terletak di pesisir Sungai Melaka turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang mahu bersantai sambil menikmati pelbagai juadah enak dengan pemandangan sungai yang cukup mendamaikan.
Tepat jam 11 malam nanti pula, orang ramai dapat menikmati pengalaman menelusuri Sungai Melaka pada waktu malam dengan Melaka River Cruise pada harga istimewa iaitu serendah RM10 bersempena Melaka Bila Larut Malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...
ANAK POKOK KELAPA PERCUMA DI KARNIVAL PERTANIAN MASJID TANAH 2025
TANJUNG BIDARA 7 Januari - Pelbagai aktiviti menarik termasuk agihan 3,000 anak pokok kelapa kepada pengunjung yang hadir diatur bagi...
JOM MUAT TURUN APLIKASI ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 7 Januari - Aplikasi Asahan Sejahtera dilancarkan pertengahan Disember lalu dijangka akan memberikan manfaat kepada 20,000 penduduk Dewan Undangan...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri...