
Tiga pendaki ditemukan selamat selepas sesat dua hari
SEREMBAN, 14 Dis – Tiga pendaki yang sesat selama dua hari selepas mendaki Gunung Berembun, Jalan Pantai dekat sini ditemukan selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dijumpai pada 3.45 petang semalam di puncak gunung sebelum dibawa keluar dari hutan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.
Menurutnya, maklumat awal diterima menerusi panggilan telefon yang dibuat oleh seorang daripada pendaki kira-kira pukul 11.30 malam pada Sabtu dan anggota mencari dan menyelamat (SAR) terus digerakkan.
“Mangsa yang dilaporkan tersasar kira-kira 10 kilometer dari trek pendakian dibawa turun dari ketinggian 1,080 meter dari puncak gunung sebelum diberikan rawatan awal akibat keletihan.
“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dengan mangsa wanita mengalami kekejangan dan kecederaan pada kaki,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, operasi SAR itu melibatkan 25 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta ditamatkan sepenuhnya pada 2 pagi.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...
PETUGAS SEKOLAH HILANG, ANAK PEREMPUAN LEMAS SELEPAS KERETA DIHANYUTKAN ARUS DERAS
MIRI 14 April - Seorang pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Long Jekitan di Baram dekat sini hilang, manakala anak perempuannya...
KERTAS SIASATAN KES BULI PELAJAR MRSM DIHANTAR KE TIMBALAN PENDAKWA RAYA
KEPALA BATAS 14 April - Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal di...
SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG
SHAH ALAM 14 April - Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...