
Bekalan air mula disalurkan ke enam kawasan di Klang, Shah Alam – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25 yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam, mula disalurkan kepada pengguna, kira-kira 7 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan àir mula disalurkan semula selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam, siap sepenuhnya.

“Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di enam kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 12.00 tengah hari nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, rujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.- BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...
PETUGAS SEKOLAH HILANG, ANAK PEREMPUAN LEMAS SELEPAS KERETA DIHANYUTKAN ARUS DERAS
MIRI 14 April - Seorang pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Long Jekitan di Baram dekat sini hilang, manakala anak perempuannya...
KERTAS SIASATAN KES BULI PELAJAR MRSM DIHANTAR KE TIMBALAN PENDAKWA RAYA
KEPALA BATAS 14 April - Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal di...
SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG
SHAH ALAM 14 April - Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...