Sorting by

×

BAPA TUMPANG TUAH ANAK 14 TAHUN MENANG AXIA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 1 Januari – Siapa sangka hasrat seorang remaja menyambut Ambang Tahun Baharu bersama keluarga menjadi satu kenangan tidak dapat dilupakan apabila dia memenangi sebuah Perodua Axia menerusi cabutan bertuah.

Kereta itu dimenangi Muhammad Ilham Mohd Azam,14, antara ribuan pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 di Persiaran Jalan Merdeka, semalam.

Muhammad Ilham ketika ditemui merasa sebak kerana tidak menyangka malam tahun baharu membawa tuah untuk dia dan keluarganya memiliki kereta baharu.

“Alhamdulillah hadiah ini untuk ibu dan ayah, ini rezeki yang cukup besar buat kami sekeluarga.

“Saya masih remaja jadi kereta ini ibu dan ayah akan gunakan untuk aktiviti harian,” kata anak sulung dari tiga beradik ini.

Sementara itu bapanya, Mohd Azam Abdul Mateen, 44, bersyukur dengan rezeki yang diberikan untuk tahun 2025 ini.

“Memang setiap tahun saya bawa isteri dan anak-anak datang sambut tahun baharu, tidak sangka pula tahun ini rezekinya lebih besar.

“Saya hanya pekerja pembersihan dan isteri suri rumah, kami hanya ada kenderaan lama iaitu Proton Waja, jadi selepas ini boleh lah kami rasmi kenderaan baru ini,” katanya.

Terdahulu hadiah cabutan bertuah tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selepas sambutan berkenaan.

Sambutan penuh warna-warni itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4768
Kongsi :
Previous post 202 ACARA ‘BESAR’ WARNAI MELAKA SEPANJANG 2024 – EXCO
Next post UTEM TERIMA ANUGERAH PEMBAYARAN ZAKAT TERTINGGI KATEGORI IPTA