Sorting by

×

TUKUN TIRUAN DI PERAIRAN TELOK MAS

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SERI NEGERI 31 Disember – Perairan Telok Mas menjadi lokasi baharu bagi Projek Tukun Inovasi MyIS Komuniti yang akan memberi manfaat kepada 499 nelayan berdaftar di kawasan Melaka Tengah.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perubahan itu disebabkan aktiviti melabuh tukun di Pantai Puteri tidak mendapat kebenaran Jabatan Laut Malaysia, Negeri Melaka.

“Selain dijangka memanfaatkan 18 nelayan berdaftar di Telok Mas, tukun ini juga akan memberi manfaat kepada 499 nelayan di kawasan Melaka Tengah secara amnya.

“Justifikasi penolakan (Pantai Puteri) adalah disebabkan perairan terlibat merupakan kawasan had pelabuhan (port limit) selain terdapat aktiviti penambakan laut yang aktif,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkata demikian ketika menjawab soalan Tuminah Kadi @Mohd Hashim(BN-Pantai Kundor) pada Persidangan Ketiga (Bajet) pada Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurutnya, untuk melabuhkan struktur tukun di perairan Negeri Melaka juga ia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia serta mematuhi beberapa syarat permohonan.

“Jabatan Perikanan Maysia (DOF) Melaka telah melaksanakan kajian kesesuian untuk melabuhkan tukun tiruan konkrit di perairan daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah termasuklah perairan Pantai Puteri.

“Namun begitu laporan kajian kesesuaian tapak masih di peringkat penyediaan laporan selain DOF juga telah memohon peruntukan tahun 2025 untuk projek melabuhkan tukun dan unjam di ketiga-tiga perairan,” katanya.

Jelasnya, usaha ini adalah untuk meningkatkan sumber perikanan marin serta menambahkan hasil pendapatan nelayan di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

812
Kongsi :
Previous post ZON EKONOMI ANJUNG SELATAN: ELAK PERSAINGAN, PACU KEBERSAMAAN 3 NEGERI
Next post LALUAN BAHARU BAS SBST KE KUALA LINGGI DIBINCANGKAN BERSAMA APAD