Sorting by

×

Belia Melaka digalak ceburi perniagaan dalam talian

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 13 Dis. – Para belia di negeri ini disaran menceburi bidang perniagaan secara dalam talian dalam usaha menambah pendapatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, bidang itu dilihat cukup relevan dalam situasi COVID-19 yang melanda negara kini, apatah lagi melihat ramai yang hilang pekerjaan akibat kemeruduman ekonomi.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa memandang serius situasi pengangguran khususnya melibatkan para belia. Justeru, pihaknya akan berusaha menyediakan platform terbaik untuk memastikan nasib golongan ini terbela.

“Salah satu kaedah yang boleh disaran agar para belia berniaga secara ‘online’. Kita di pihak kerajaan negeri juga memikirkan bagaimana platform ini boleh kita laksanakan terutama membabitkan golongan belia.

“Dalam pembentangan bajet tempoh hari pun saya dah maklumkan bagaimana belia ini mesti dibantu dalam tempoh COVID-19. Jadi ada banyak platform yang telah pun kita rencanakan.

“InsyaAllah sepertimana yang saya bentangkan pada belanjawan COVID-19 ini golongan belia tidak tertinggal. Kita ada dana untuk e-sport, kita ada platform menjana pendapatan , kita juga akan bersama memikirkan bantuan-bantuan lain yang boleh dibantu untuk menggalakkan belia terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelepasan konvoi Youth Take Over X Dekad Ini Dekad Anda bersempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Melaka, di sini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin; Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka Mohd Nizam Omar dan Penyelaras Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Muzafar Abdul Rahim.

Views:

362
Kongsi :
Previous post Patuhi SOP semasa bercuti ke Melaka
Next post RM50 juta naik taraf fasiliti uzur di kawasan pelancongan
Ubah saiz-+=